• Main
  • News

World Robot Olympiad 2023 Panama City, Panama

World Robot Olympiad 2023 Panama City, Panama

WORLD ROBOT OLYMPIAD 2023 PANAMA CITY, PANAMA

SK Bandar UDA 2 di pentas dunia!!
Alhamdulillah pasukan Robotik SK Bandar UDA 2 telah tiba di Panama City, Panama. Pasukan ini telah berangkat ke Panama pada 3 November 2023 bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan World Robot Olympiad (WRO) 2023.

Pasukan ini terdiri daripada 3 orang murid iaitu Ariff Ziqry bin Akmal Hijaz (5 Intelligent), Johan Maliqi bin Johan Arifin (5 Excellent) dan Ihab bin Husaini (4 Intelligent) beserta guru pembimbing Cikgu Kua Chan Yong.

Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa dan semua pihak yang sudi memberikan tajaan
• Pejabat Menteri Besar Johor
• Yayasan Raja Zarith Sofiah
• Majlis Bandaraya Johor Bahru
• Yayasan Majlis Bandaraya Johor

Doakan semoga anak-anak SKBU2 sentiasa sihat sepanjang berada di sana seterusnya membawa pulang kejayaan buat Malaysia.