"Bacalah Al Quran , kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada para pencintanya" - Riwayat Muslim
Dalam keberkatan bulan Ramadhan ini , panitia Pendidikan Islam serta Badan Dakwah Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2 telah mengadakan "Majlis Khatam Al-Quran 1447H"
Majlis ini adalah sebahagian daripada penutup kepada Aktiviti Tadarus Al-Quran Guru dan Murid yang dijalankan sepanjang Ramadhan.
Semoga seluruh warga sekolah SKBU2 mendapat rahmat dan keberkatan dalam segala usaha dan gerak yang dijalankan.
#SKBU2Hebat
#usahatidakpernahmengkhianatihasil