• Main
  • News

Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan Sk Bandar Uda 2

Majlis Penutupan Ihya’ Ramadan Sk Bandar Uda 2

MAJLIS PENUTUPAN IHYA’ RAMADAN SK BANDAR UDA 2 2026 / 1447H

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadan SK Bandar Uda 2 bagi tahun 2026 bersamaan 1447H yang diadakan di Dewan Sri Mahsuri, SK Bandar Uda 2.

Sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pelbagai aktiviti kerohanian telah dilaksanakan seperti tadarus Al-Qur’an, ceramah Ramadan, kuiz dan pertandingan keagamaan serta Majlis Khatam Al-Qur’an. Program ini bertujuan menyemai kecintaan terhadap Al-Qur’an, memupuk nilai sahsiah terpuji serta menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan warga sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, para murid serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

#IhyaRamadan
#SKBandarUda2
#Ramadan1447H
#MadaniBerilmu